Welcome All To This Blog..

Bersama Wanita Pakatan Rakyat 7 mei

>> Thursday, 5 May 2011

PmtgPauhOnline

Empat pimpinan utama Wanita Pakatan Rakyat akan bertemu di atas satu pentas dalam program Ladies Night "Serasi Bersama Wanita Pakatan Rakyat" pada 7 Mei ini, jam 8 malam.
Program anjuran Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP) itu akan dihadiri Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Ustazah Nuridah Salleh, AJK PAS Pusat, Dr. Lo' Lo' Ghazali yang juga ahli parlimen Titiwangsa, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang juga ahli Parlimen Ampang dan wanita DAP, Teresa Kok yang juga ahli Parlimen Seputeh.


Bertempat di Restoran Nelayan,Titiwangsa, keempat-empat mereka akan membincangkan isu-isu berkaitan peranan wanita di Malaysia dan Pengarah Nisa' Malaysia, Dr Rosni Adam sebagai moderator.

Menurut pengarah program, Dr Hani Ali, objektif utama program ini adalah untuk mengukuhkan ikatan dan keserasian di kalangan Wanita Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan di samping untuk mengumpul dana pembanguann tabung Sumaiyyah, satu projek DMPP.

"Kita menjemput semua wanita tidak kira latar belakang dan peringkat umur untuk hadir ke program ini," kata beliau kepada Harakahdaily.

Selain forum, persembahan kebudayaan juga bakal menyerikan program ini dengan kehadiran penyanyi popular tanah air, Aisyah selain cabutan bertuah.

Kupon sudah mula dijual dengan harga RM40 dan kepada individu yang berminat beoleh menghubungi Norhafizah Fadzil di talian 019-3561841/014-8114255.

Program ini juga bersempena muktamar DMWP yang akan berlangsung pada sebelah siangnya.

Sementara itu, menurut Setiausaha DMPP, Kartini Ahmad yang dihubungi Harakahdaily hari ini, muslimat telah selesai mengadakan mesyuarat agung di semua kawasan iaitu sebanyak 156 kawasan.

Manakala muktamar muslimat di peringkat negeri akan bermula pada 30 April ini dan dijangka selesai pada 17 Mei.

"Dewan Muslimat Negeri Sabah akan mengadakan muktamar mereka pada 30 April ini manakala tarikh terakhir pada 17 Mei," katanya.

Muktamar DMPP akan berlangsung pada 2 Jun di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK Selangor di Shah Alam.
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog