Anwar akui sebut anak bab%
>> Thursday, 12 May 2011
PmtgPauhOnline
KUALA LUMPUR _ Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau ada menyebut perkataan ‘Pandi Kutti’ yang bermaksud anak babi dalam satu perhimpunan melibatkan majoriti masyarakat India di Kelang, Selangor semalam.
Namun beliau berkata, ia tidak ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebalik beliau mendakwa, perkataan pandi kutti merujuk kepada budaya politik yang dibawa UMNO.
“UMNO memfitnah – saya sebut: politik porno, zalim, rasuah seperti pandikuty; tidak sebut nama siapa,” katanya melalui akaun Twitter miliknya petang ini.
Anwar berkata demikian bagi menjawab persoalan dari seorang lagi pengguna akaun Twitter yang dikenali sebagai Izizree yang mahu tahu kenapa Anwar memanggil Perdana Menteri sebagai anak babi.
Anwar didakwa meluahkan perkataan itu ke atas Najib dan tindakannya itu telah mengundang kemarahan banyak pihak terutama yang berada dalam kerajaan dan parti.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang nyata marah dengan perbuatan Anwar itu berkata, UMNO tidak akan menuntut Anwar agar memohon maaf kepada Perdana Menteri.
“Tak guna minta permohonan maaf daripada orang yang gila, beliau dah gila, biarkan sahaja, tak perlu ikut gila sepertinya,” katanya di sini siang tadi.
KUALA LUMPUR – UMNO tidak akan menuntut permohonan maaf dari Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan tindakannya menggelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai “anak babi”, demikian menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.Tegasnya tindakan menuntut permohonan maaf berhubung perkara itu adalah sesuatu yang sia-sia.“Tak guna minta permohonan maaf daripada orang yang gila, beliau dah gila, biarkan sahaja, tak perlu ikut gila sepertinya,” katanya di sini, hari ini.Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Anwar Ibrahim dalam sesi ceramahnya di hadapan penyokong Hindu di Dewan Hamzah, Klang baru-baru ini yang menggelarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘pandikutti’ atau anak babi.Sambil menggambarkan sikap politik tidak matang Ketua Pembangkang itu, Tengku Adnan seterusnya berkata UMNO kesal dengan sikap Anwar yang suka menggunakan gelaran tertentu kepada musuh politiknya bagi menyembunyikan kelemahan sendiri.“Saya tak setuju bila dia suka cakap bukan-bukan, tolong jadi orang yang lebih matang. Saya tak faham kenapa beliau guna perkataan-perkataan sedemikian rupa.“Kita kecewa dengan kenyataan sedemikian, jangan bagi gelaran yang bukan-bukan kepada orang,” katanya.Dalam masa yang sama, beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional berkata, Anwar sepatutnya melihat kekurangan dirinya sendiri sebelum menghina orang lain dengan pelbagai gelaran.“Sebelum kita panggil orang dengan gelaran tertentu, kita kena tengok diri kita dulu baik atau tidak baik. Masalahnya dengan Anwar, beliau tak tengok dirinya dalam cermin, sebab itu tak sedar diri,” katanya. -MediaUMNO
0 comments:
Post a Comment