Welcome All To This Blog..

100 mahasiswa UM diberi amaran tatatertib

>> Thursday, 12 May 2011

PmtgPauhOnline

Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya (HEP UM) telah mengeluarkan satu surat tindakan tatatertib ke atas beberapa mahasiswa UM hari ini.

Sumber menyatakan pihak HEP telah ‘mengeluarkan senarai’ dan memberi amaran tatatertib kepada hampir 100 mahasiswa UM.

Pejabat HEP UM akan menelefon setiap mahasiswa yang namanya telah disenaraikan dan surat amaran itu akan diberi setelah berjumpa dengan pihak HEP UM.

Read more...

Himpunan PAS Ganti Umno di Perak pula

Gelombang kebangkitan rakyat untuk memastikan PAS menggantikan Umno selaku kuasa politik utama orang Melayu di negara ini bagaikan rancak dan ketara, kerana itu PAS Perak akan membawa program besar-besaran yang dinamakan sebagai Himpunan Kebangkitan Rakyat 'PAS Ganti Umno' di negeri Perak.
Program besar-besaran itu akan diadakan selama dua hari pada 14 dan 15 Mei ini bagi zon utara Perak di Padang Rengas, manakala bagi Zon Selatan Perak pula diadakan pada 28 dan 29 Mei ini di Pasir Salak.
Demikian dinyatakan oleh Setiausaha PAS Perak, Misbahul Munir Masduki ketika ditemui di Pejabat PAS Negeri hari ini.

Read more...

Tak payah ajak PAS, Umno memang pecah belah

PmtgPauhOnline

Para pemimpin Umno tidak perlu sibuk dengan usaha untuk membawa masuk PAS ke dalam BN kerana PAS tetap utuh dengan dasar perjuangannya yang suci sejak ditubuhkan dulu, berbanding Umno yang mengamalkan dasar pecah belah. 
Sebaliknya, Umno perlu membersihkan dirinya terlebih dahulu sebelum berusaha ke arah itu bagi membolehkan Umno menilai diri sendiri yang selama ini penuh dengan pengkhianatan terhadap PAS yang juga dipimpin dan dianggotai orang-orang Melayu.

Read more...

AMK beri keterangan polis sumpah laknat kecoh

PmtgPauhOnline

Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Malaysia (AMK), Rozan Azen Mat Rasip hari ini dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis berhubung laporan yang mendakwa mereka melakukan kekecohan sewaktu Datuk Shazryl Eskay Abdullah ingin bersumpah laknat di sebuah masjid di Sentul 29 April lalu.
Rozan memberikan keterangan di hadapan pegawai penyiasat kanan IPD Sentul, ASP Roslan Mad Derus di Balai Polis Wangsa Maju petang tadi, tanpa ditemani peguam.
Menurutnya, beliau hanya memberikan butiran peribadinya dan tidak menjawab sebarang soalan berkenaan insiden di masjid tersebut yang disoal ASP Roslan.

Read more...

Serah royalti pada Kelantan macam Terengganu

PmtgPauhOnline


KOTA BHARU, 12 Mei: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memohon kerajaan Pusat turut menyerahkan hasil royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sebagaimana yang diberikan pada Terengganu.

Menurutnya, sekiranya kerajaan Terengganu memperolehinya, Kelantan juga berhak memandangkan hasil minyak juga turut diperolehi dari negeri ini.
“Hasil minyak, bukan hak kerajaan Pusat yang mutlak, hak kerajaan Kelantan sekiranya minyak disedut di negeri Kelantan, kalau diambil di Terengganu, royalti hak Terengganu, Johor tak ada minyak tentunya tak dapat royalti minyak,” ujarnya.

Read more...

Ulama muda diseru tinggal Umno

PmtgPauhOnline

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa ulama muda Umno menilai semula penglibatan mereka dalam Umno ekoran amalan politik lucah dan kotor pemimpin parti itu.

Katanya, ulama muda di dalam Umno tersebut perlu sedar amalan politik yang bercanggah dengan Islam itu telah menjadi budaya dalam Umno sejak sekian lama.

Bagaimanapun katanya, beliau menyambut baik usaha untuk menegur sikap Umno itu malah mencadangkan agar mereka meninggalkan parti itu jika gagal merubahnya.

Read more...

Anwar akui sebut anak bab%

         PmtgPauhOnline
KUALA LUMPUR _ Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau ada menyebut perkataan ‘Pandi Kutti’ yang bermaksud anak babi dalam satu perhimpunan melibatkan majoriti masyarakat India di Kelang, Selangor semalam.

Read more...

Apa maknanya bila ada orang terasa?


PmtgPauhOnline

  

Pandi Kutty - Kenapa Najib Begitu 'terasa', tanya Azizah

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail "hairan" kenapa Utusan Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu "terasa" terhadap perkataan 'Pandi Kutty' yang disebut suaminya pada satu ceramah Sabtu lalu.

Read more...

2 ADUN Umno tak percaya laporan Utusan Meloya

PmtgPauhOnline

Dua ADUN Umno Pulau Pinang berkata mereka tidak percaya laporan muka depan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa DAP dan sekumpulan
pastor Kristian merancang untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian.

Read more...

Rampas Selangor untuk baham khazanah negeri

>> Saturday, 7 May 2011

PmtgPauhOnline

Pakatan Rakyat wajib mempertahankan Selangor dan Negeri Pakatan Rakyat yang dimenangi pada 8 Mac 2008, malahan mesti berusaha untuk memerintah peringkat kerajaan pusat.

Read more...

PKR Selangor:Najib jangan cabar kami

PmtgPauhOnline

Sekali lagi, saya ingatkan Najib, jangan pernah cabar kami, Keadilan dan Pakatan Rakyat Selangor. “Kami telah bersedia untuk menghadapi PRU13 pada bila-bila masa. Jentera telah kami susunkan, barisan pertahanan telah kami ampuhkan demi terus mempertahankan Selangor, dari kezaliman dan penindasan Umno walau apa cara sekalipun,” tegas Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin (gambar).

Read more...

Henti politik kotor,selamatkan maruah rakyat

PmtgPauOnline

Para pemimpin dan ahli-ahli parti Pakatan Rakyat serta lebih 80 NGO, hari ini sebulat suara menzahirkan kemarahan mereka terhadap perkembangan dan krisis ekonomi, sosial budaya dan politik kotor yang semakin parah di tanah air.

Mereka dengan tegas mengutuk penularan gejala politik yang tidak sihat, budaya memfitnah dan mengaibkan seorang musuh politik, sehingga mengakibatkan maruah masyarakat dan seluruh negara telah tercela, malah semacam dijadikan tebusan untuk memenuhi nafsu serakah politik pihak tertentu.

Read more...

perangi rasuah omong kosong Umno BN

PmtgPauhOnline


  
Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) berkata jihad perangi rasuah yang lancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini adalah kenyataan berunsur politik dan pembohongan baru demi mengembalikan sokongan rakyat kepada BN.

Read more...

Utusan Malaysia:kristian agama rasmi?

PmtgPauhOnline







Bagaimana agaknya persepsi pelabur asing, terutama yang datang dari barat dan beragama Kristian bila memahami kandungan laporan Utusan Malaysia pada Sabtu, 7 Mei 2011? Laporan itu mendedahkan ada usaha untuk menjadikan Krisitian agama rasmi Malaysia dan perdana menteri negara ini mungkin seseorang yang beragama Kristian.

Read more...

Melayu akan hilang kuasa politik

>> Thursday, 5 May 2011

PmtgPauhOnline

UMNO memberitahu orang Melayu bahawa bangsa Melayu akan hilang kuasa politik sekiranya tidak bersatu di bawah payung mereka dan menakutkan orang Melayu dengan ramalan-ramalan seperti orang Melayu menggemis

Read more...

Politik Kotor: Kemana Hala Tuju Dan Nasib Generasi Muda

Mutakhir ini kita melihat negara semakin dihimpit dengan sikap politik kotor yang dangkal dan jijik mainan pemimpin yang hanya mahu terus kekal berkuasa.
Saban hari, hampir keseluruhan media menyajikan hidangan pemikiran kotor kepada generasi muda untuk menggambarkan suasana sebenar politik negara.

Read more...

BN sangat tersepit

PmtgPauhOnline

BN sangat tersepit !!

“BN mesti sangat tersepit. Mereka fikir boleh musnahkan DSAI dan Pakatan dengan video palsu,” tulis Sivarasa yang juga anggota Parlimen Subang lagi.

Read more...

Kaji Akta Sekat Media

PmtgPauhOnline

KUALA LUMPUR, 5 Mei: Cadangan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hatta Wahiri agar kerajaan menghapuskan undang-undang yang mengongkong media dituntut juga oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.

Read more...

Kematian Osama Bin Laden Palsu?

Berita CNN sendiri mengesahkan gambar yang dipaparkan dikebanyakan suratkhabar di seluruh dunia adalah palsu malah jurugambar dari New York yang dirujuk oleh CNN sendiri mengesahkan kepalsuan gambar itu kerana pelbagai kelemahan yang sedia ada. “Dari pixel yang terdapat pada gambar itu, jelas ia adalah palsu,” kata-kata dari Kenna Lindsay, jurugambar yang berpengalaman dalam imej komposit.

Read more...

Ladang Rakyar:umno jadi 'cacing kena bakar'

PmtgPauhOnline

BETULKAH Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat yang diwujudkan kerajaan Kelantan pada 2006 merampas tanah rakyat.

Read more...

Bersama Wanita Pakatan Rakyat 7 mei

PmtgPauhOnline

Empat pimpinan utama Wanita Pakatan Rakyat akan bertemu di atas satu pentas dalam program Ladies Night "Serasi Bersama Wanita Pakatan Rakyat" pada 7 Mei ini, jam 8 malam.
Program anjuran Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP) itu akan dihadiri Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Ustazah Nuridah Salleh, AJK PAS Pusat, Dr. Lo' Lo' Ghazali yang juga ahli parlimen Titiwangsa, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang juga ahli Parlimen Ampang dan wanita DAP, Teresa Kok yang juga ahli Parlimen Seputeh.

Read more...

Adakah Rosmah contok wanita terbaik?

PmtgPauhOnline

Saya tersedak,naik loya dan kemudian tersenyum selepas mendengar Rosmah dikatakan sebagai contoh wanita  terbaik seperti yang dipaparkan oleh ASTRO Awani semalam. Bukan kerana setuju atau bangga tetapi kerana kebingungan sambil terasa loya secara tiba-tiba.

Read more...

Dr Juanda bakal terima maklumat dari Pas Perlis

PmtgPauhOnline

PAS Perlis bersedia membekalkan maklumat-maklumat kepada kepada Mufti, Dr Juanda Jaya berkaitan penolakan PAS untuk bersatu dengan Umno.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin (gambar) berkata demikian mengulas kenyataan Juanda yang mengatakan pihak yang menghalang usaha penyatuan PAS Umno sebagai pengkhianat Islam.

"Kita bersedia untuk membekalkan kepada beliau maklumat yang menjelaskan mengapa kita masih menolak perpaduan dengan Umno," jelasnya.

Sambil menyifatkan tuduhan Juanda itu sebagai keterlaluan, Ustaz Hashim berkata perwatakan Umno sejak dari dulu lagi tidak berubah khususnya tentang pandangan mereka terhadap perlaksanaan syariat Islam.

Tambahanya, tuduhan Sahibussamahah itu adalah keterlaluan dan sepatutnya beliau menyiasat terlebih dahulu kenapa PAS menolak pelawaan Umno.

“Mengapa Dr Juanda tidak meletakkan syarat untuk perpaduan itu mengikut pandangan Islam dan bukannya perpaduan secara mutlak begitu saja?” soalnya yang juga Adun Sanglang. 

Menurutnya, sudah terlalu banyak yang Umno lakukan kepada PAS sebelum ini.

PAS pernah berpengalaman duduk bersama mereka dahulu tetapi Umno sendiri tidak bersedia untuk mendengar pandangan PAS ke arah kebaikan negara dan Islam itu sendiri.

"Umno sekarang samalah seperti dulu dari segi pegangan, perangai dan tingkah laku.

“Jadi PAS tidak bersedia untuk digigit pada lubang yang sama sampai dua kali. Kita tak mahu pisang berbuah dua kali," jelasnya.

Read more...

BN jangan pagut poket rakyat untuk cepat kaya

PmtgPauhOnline

Sepatutnya kerajaan BN mencari jalan lain untuk mendapat wang, bukannya memerah poket rakyat sewenang-wenangnya dengan menaikkan harga minyak.

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) menyatakan demikian sebagai respons kenaikan harga RON97 yang diumumkan lewat tengah malam tadi.

Katanya, kenaikan itu menjadikan kenaikan kali ketujuh atas alasan harga minyak mentah di pasaran dunia mengalami kenaikan.

 “Nampaknya BN terus memperbodohklan rakyat dengan alasan yang sama dan tidak masuk akal setiap kali harga minyak negara dinaikkan,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, Malaysia merupakan negara pengeluar minyak di mana jika harga minyak di pasaran dunia naik, secara automatik negara mendapat kenaikan berlipat kali ganda.

“Mengapa kita ikut sama naik harga minyak dan rakyat menerima bebannya?” soalnya.
Selain itu, beliau menjelaskan jenama minyak nasional Petronas, diketahui kualitinya terbaik sehingga diguna untuk jentera formula satu Mercedes GP Petronas.

“Sudah pasti negara telah mendapat keuntungan kerana minyak negara di eksport ke seluruh dunia," jelasnya.

Menurutnya, walaupun BN berusaha menjelaskan bahawa mereka komited menjaga kebajikan rakyat dengan mengekalkan harga RON95, hakikatnya peratus kenderaan yang menggunakan RON97 masih tinggi.

“Kenderaan-kenderaan luar negara yang masuk Malaysia diwajibkan mengguna RON97, jumlah kenderaan berkapasiti tinggi pula masih banyak menggunakan minyak jenis itu, jelaslah bahawa dasar BN adalah menindas rakyat, bukan membela,” jelasnya.

Khalil yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak berkata, RON 95 yang dikekalkan cuma bermotif politik sedangkan minyak tersebut tidak berkualiti dan berpotensi besar menjejaskan enjin untuk jangka masa panjang.

“Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa BN tidak mampu mentadbir negara dengan baik.
“Sepatutnya kerajaan BN cari jalan lain untuk dapat wang, bukannya perah poket rakyat dengan sewenang-wenangnya dengan menaikkan harga minyak,” ujarnya.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog