Welcome All To This Blog..

AMK beri keterangan polis sumpah laknat kecoh

>> Thursday, 12 May 2011

PmtgPauhOnline

Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Malaysia (AMK), Rozan Azen Mat Rasip hari ini dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis berhubung laporan yang mendakwa mereka melakukan kekecohan sewaktu Datuk Shazryl Eskay Abdullah ingin bersumpah laknat di sebuah masjid di Sentul 29 April lalu.
Rozan memberikan keterangan di hadapan pegawai penyiasat kanan IPD Sentul, ASP Roslan Mad Derus di Balai Polis Wangsa Maju petang tadi, tanpa ditemani peguam.
Menurutnya, beliau hanya memberikan butiran peribadinya dan tidak menjawab sebarang soalan berkenaan insiden di masjid tersebut yang disoal ASP Roslan.

"Secara umum saya dipanggil memberi keterangan sebagai saksi kerana pihak polis menerima laporan daripada pihak tertentu yang dipercayai NGO BN kononnya AMK telah melakukan kekekcohan pada hari tersebut.
"Saya beri keterangan tanpa peguam dan hanya beri butiran peribadi yang asas sahaja," kata beliau kepada pemberita (gambar) selepas selesai memberi keterangan, kira-kira setengah jam.
Eskay yang merupakan seorang ahli perniagaan ingin membuat sumpah laknat tersebut kerana mendakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan lelaki dalam video seks yang mula ditayangkan kepada beberapa media di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.
Pada 29 April lalu media pro Umno BN melaporkan bahawa majlis angkat sumpah Eskay dibatalkan di saat-saat akhir ekoran bantahan oleh sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat dikepalai ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin.
Mereka turut mendakwa Masjid Amru al-Aѕ yang dipilih Eskay untuk melakukan sumpah laknat, bertukar menjadi kecoh ekoran tindakan sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat membantah tindakan trio Umno “Datuk T” itu.
Rozan bagaiamapun menafikan laporan berkenaan sebaliknya menegaskan mereka hanya hadir dalam satu himpunan aman sebagai tanda protes terhadap majlis sumpah laknat yang didakwa tidak mengikut undang-undang Islam.
"Soalan yang diajukan memang berkaitan insiden kecoh di masjid samaada ia diarancang oleh pihak tertentu, adakah saya menjerit dan mengeluarkan perkataan tertentu dan saya guna hak saya di bawah seksyen 112 (2) kanun prosedur jenayah untuk tidak menjawab.
"AMK nak perbetulkan laporan media perdana yang mengatakan ketua AMK membuat kekecohan dan kami nafikan sekeras-kerasnya dan tidak berlaku kekecohan, tidak berlaku pergaduhan tapi kita datang sebagai perhimpunan aman yang menunjukkan protes kita terhadap sumpah tersebut yang dijalankan tidak mengikut perundangan Islam," katanya yang juga pembantu peribadi kepada ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Tambahnya, AMK juga tidak berminat untuk melayan laporan polis yang dibuat pihak-pihak tertentu kerana berpendirian Eskay sepatutnya dikenakan hukuman qazaf, seperti yang telah difailkan pihak jabatan Agama Islam Wilayah persekutuan (Jawi).
"Kami tidak ingin menjawab soalan berkenaan insiden tersebut kerana laporan polis itu kami tidak mahu layan.
"Kami tegas Eskay seharusnya sudah lama kena hukum kazaf kerana telah difailkan Jawi dan dalam jenayah sivil seperti yang disebut (peguam) karpal Singh sekurang-kurangnya mereka boleh didakwa kerana mengedarkan video lucah," katanya.
Menurutnya juga, beberapa lagi AMK termasuk Samsul juga telah diberi notis untuk hadir memberikan keterangan.
Trio Umno yang menggelarkan diri mereka ‘Datuk T’ yang terdiri daripada Eskay, Pengerusi Risda Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Shuib Lazim mengaku menayangkan video lucah kepada media di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search This Blog